CLEAN KUCHING CITY RUN 2022

Majlis/Program/Aktiviti CLEAN KUCHING VIRTUAL RUN
Tarikh 31 Julai 2022
Masa 7:30 Pagi (Flag Off Time)
Tempat Dewan Serbaguna, Kampung Tunku, Petra Jaya, Kuching
Kategori Pertandingan Terbuka -5km
Hadiah Pertandingan Finisher Medal
Syarat-Syarat Penyertaan

 Pengambilan barang larian :  29 JULAI 2022

                                                         :            

Pejabat Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti (CDS),Aras 4, Kompleks Islam Sarawak @ MAJMA MALL, Jalan P. Ramlee, Kuching

 

Tarikh Masa
29  Julai 2022

8:30 pagi – 12:00 Tengahari

2:30 petang – 4:30 petang

Dokumen yang perlu dibawa

a.       Kad pengenalan/passport/dokumen pengenalan diri

b.      Order Number untuk pengesahan penyertaan

 

  1. Peserta perlu mengisi dan melengkapkan borang penyertaan di wwww.dbku.events  untuk mengambil bahagian dalam larian ini.
  2. Maklumat perlu diisi dengan tepat dan tidak lengkap sehingga mendapat Order Number dan kegagalan mendapat Order Number akan menyebabkan peserta gagal untuk turut serta di dalam  larian ini.
  3. Penamat larian : Larian tamat secara rasmi selepas 2 JAM pertandingan bermula
  4. Nombor Larian
    • Semua peserta akan diberikan 1 helai kain yang bercetak iaitu nombor larian dan perlu dilekatkan di dada peserta.
    • Semasa larian, semua peserta dikehendaki memakai nombor yang telah diberikan
    • Peserta yang tidak memakai nombor larian yang telahdiberikan, akan terbatal
    • Pertukaran nombor larian adalah tidak dibenarkan dan sebarang penggantian peserta perlu mendapat persetujuan daripada pihak penganjur dan mereka tidak layak untuk menerima sebarang hadiah mahupun kelayakan yang lain serta harus menganggap sebarang risiko itu daripada perbelanjaan mereka sendiri.
  5. Kaunter Minuman
    • Minuman hanya akan diberikan di kaunter minuman di Dewan Masyarakat, Kampung Tunku.
  6. Pampasan peserta
    • Langkah – langkah keselamatan bagi setiap peserta adalah di bawah seliaan pihak penganjur, sebarang kecederaan peserta semasa latihan atau semasa larian sedang  berlangsung adalah tanggungjawab peserta sendiri.
    • Peserta digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan atau berunding dengan perunding kesihatan sebelum menyertai larian ini.
    • Masalah Kesihatan
    • Mana – mana peserta berdaftar dan mempunyai masalah kesihatan semasa hari kejadian akan dikecualikan daripada larian.
    • Peserta yang sakit/tercedera semasa larian akan dihantar ke mana – mana pusat kesihatan yang terdekat. Kos perubatan adalah tanggungjawab peserta sendiri.
    • Insurans peserta
    • Larian ini tidak akan melindungi peserta dari segi insuran liability awam dan insuran kemalangan diri.
    • Segala risiko dan kemalangan yang membabitkan peserta dalam larian ini adalah tanggungjawab peserta sendiri. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas segala kerugian yang membabitkan kecederaan tubuh badan, kerosakan harta benda  sama ada yang peribadi atau awam, atau apa – apa masalah yang timbul semasa  program ini. Peserta disyorkan untuk mempunyai insuran kemalangan peribadi atau insuran  kesihatan dalam program ini.
  7. Hak Sebagai Penganjur
    • Untuk mengehadkan atau menambah atau menolak penyertaan.
    • Jika terdapat kesamaran dalam mana-mana peruntukan, penganjur hendaklah menjadi pihak yang berkuasa untuk mentafsir dan melakukan, pihak penganjur akan mengambil  kira kepentingan semua peserta yang terlibat.
    • Sekiranya program ini telah dibatalkan atas sebab – sebab tertentu, iaitu berlakunya  kejadian yang tidak dapat dikawal daripada pihak penganjur yang boleh menyebabkan  program ini tidak selamat untuk diadakan, maka pihak penganjur tidak akan  memulangkan segala yuran penyertaan dan lain – lain perkara yang telah diberikan tidak  perlu dipulangkan kepada penganjur melainkan pihak penganjur merasakan tuntutan  yang dilakukan berpadanan dengan kesilapan dan kehilangan yang berpunca daripada  pihaknya sendiri.
    • Pihak penganjur berhak untuk menambah atau mengurangkan kategori yang dipertandingkan tanpa sebarang notis kepada peserta. Sebarang notis akan  dimaklumkan
    • Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan peserta yang tidak mengikut peraturan sepanjang program dan sebarang tuntutan bayaran tidak akan dilayan.
    • Pihak penganjur berhak untuk menggunakan segala bahan termasuk gambar, rakaman, atau apa – apa sahaja bahan rekod yang lain untuk tujuan komersial dan lain – lain
    • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan, kerosakan, kemalangan kepada peserta dan harta benda peserta sepanjang program berlangsung.
    • Pihak penganjur berhak untuk mengubah atau menggantikan mana – mana syarat larian ini dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkan patut diubah atau diganti. Jika terdapat kekaburan dalam mana – mana peruntukan ini, pihak penganjur berhak untuk  mentafsir dalam berbuat demikian, mereka akan mengambil kira kepentingan peserta  yang terjejas. Apa apa pindaan kepada syarat – syarat akan dikemaskini di www.dbku.events.
    • Pihak penganjur berhak untuk meminda laluan sekiranya mereka dapati ia patut dilakukan atas sebab keselamatan peserta dan/atau untuk mengelakkan sebarang  bahaya yang mungkin akan timbul ketika acara larian ini berlangsung pada bila bila masa
    • Semua perbelanjaan menyertai adalah dibawah pembiayaan peserta sendiri.
    • Penyertaan terbuka kepada warganegara yang bermastautin di Bandaraya Kuching sahaja.
    • Semua peserta dikehendaki untuk mematuhi  semua syarat – syarat dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan semasa mengambil bahagian dalam  acara ini
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 27 Julai 2021
Sebarang Pertanyaan

PEJABAT               :  082-236223

PEGAWAI             :  NADIA NATASIA SHARKAWI

E-MEL                    :  [email protected]