Digital Info Hunt Bandaraya Rendah Karbon Sempena Bulan Kebersihan 2023

Aktiviti Digital Info Hunt Bandaraya Rendah Karbon Sempena Bulan Kebersihan 2023
Tarikh 30 Julai 2023 ( Ahad )
Masa 7.00 pagi – 4.00 petang
Tempat Centre Court, Aras 1, Kompleks Islam Sarawak
Kategori Pertandingan TERBUKA
Hadiah Pertandingan Johan                       : RM3,000.00 + Medal
Naib Johan              : RM2,000.00 + Medal
Ketiga                      : RM1,500.00 + Medal
Ke-empat                 : RM 800
Ke-lima                    : RM 800
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua warga Kuching kecuali wargakerja DBKU
  2. Penyertaan pertandingan adalah percuma.
  3. Keutamaan diberi kepada ahli perpustakaan. Sekiranya berminat, boleh mendaftar sebagai ahli perpustakaan sebelum tarikh tutup penyertaan.
  4. Penyertaan adalah secara berkumpulan (LIMA orang dalam SATU kumpulan).
  5. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  6. Masa pertandingan bermula 8.00 pagi. Para peserta dikehendaki berada di kawasan pertandingan pada jam 7.00 pagi.
  7. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk bersukan dan peserta dikehendaki memakai T-shirt yang telah disediakan pihak penganjur.
  8. Pertandingan akan diadakan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  9. Peserta bebas menggunakan apa-apa pengangkutan semasa pertandingan.
  10. Peserta akan menggunakan alat peranti dan capaian internet sendiri sepanjang pertandingan berlangsung.
  11. Setiap peserta hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  12. Pihak penganjur tidak akan bertangungjawab sekiranya berlaku kecederaan sepanjang tempoh pertandingan.
  13. Kos perbelanjaan adalah dibawah tanggungan para peserta sendiri
  14. Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Yuran Penyertaan

PERCUMA

Tarikh Tutup Penyertaan 20 JULAI 2023
Sebarang Pertanyaan PEJABAT : Bahagian Pembangunan Sumber Maklumat

PEGAWAI  : NORAREN

E-MEL : [email protected]