Syarat-Syarat Penyertaan |
1.0 PERATURAN AM
- Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Spesifik ini, perlumbaan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan/undang-undang UCI (Union Cycling Internationale) yang
- Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan DBKU Criterium Race 0 adalah muktamad.
2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
- Kejohanan Lumba Basikal DBKU Criterium Race 0 ini dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara dengan Kerjasama Persatuan Berbasikal Negeri Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak.
- Perlumbaan akan berlangsung di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub dan Laluan Baitul Makmur (MASJA), Petra Jaya Kuching,
- Kejohanan ini akan berlangsung pada 28 Mei

JARAK LALUAN : 5.3 KM Satu Pusingan (kriterium)

3.0 PENYERTAAN
- Penyertaan Sarawak Close adalah terbuka kepada semua pasukan atau individu yang berasal dari Sarawak iaitu pemegang Kad Pengenalan bernombor 13 atau 52. Individu yang bukan berasal dari Sarawak juga layak bertanding sekirannya telah menetap/bekerja/belajar di negeri ini melebihi atau genap tempoh 3 bulan dari tarikh kejohanan dan wajib mengemukakan dokumen sebagai bukti kepada
- Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat di laman web dbku.events.
- Pembayaran untuk penyertaan, pengambilan race pack dan timing chip pada 27 Mei 2023, jam 00 pagi hingga 2.00 petang di Lobi Majma Mall.
- Kategori umur pelumba adalah seperti berikut:
Kategori |
Umur |
Tahun Dilahirkan |
Lelaki Terbuka |
21 tahun ke atas |
2002 dan sebelum |
Lelaki Veteran |
40 tahun ke atas |
1983 dan sebelum |
Lelaki Junior A |
16 tahun dan ke bawah |
2007 dan selepas |
Lelaki Junior B |
17 – 20 tahun |
2003 hingga 2006 |
Wanita Terbuka |
19 tahun keatas |
2004 dan sebelum |
Wanita Junior |
18 tahun ke bawah |
2005 dan selepas |
Sarawak Closed |
21 tahun ke atas |
2002 dan sebelum |
4.0 JADUAL PERLUMBAAN
28/5/2023 (Sunday) Criterium Race (5.3km per loop) |
Venue |
6:00 am |
Race Crew at site |
Masja |
6:30 am |
Race Official at site |
Masja |
6:45 am |
Sign on opens |
Masja |
7:15 am |
Flag off Junior A |
Masja |
|
Flag off Women Junior |
Masja |
|
Flag off Sarawak Close |
Masja |
|
Flag off Women Open |
Masja |
|
Flag off Junior B |
Masja |
|
Flag off Men Veteran |
Masja |
12:00 pm |
VIP arrival |
Masja |
12:15 pm |
Flag off Men Open |
Masja |
1:45 pm |
Prize giving |
Masja |
2:30 pm |
END |
Masja |
*Tertakluk kepada keadaan cuaca
*Jumlah pusingan akan ditentukan oleh pihak komisar
5.0 PERATURAN PERTANDINGAN KRITERIUM
- Waktu pelepasan adalah seperti mana tercatit di jadual perlumbaan. Jumlah pusingan akan ditentukan dan diumumkan oleh pihak Komisar.
- Semua pelumba wajib menurunkan tandatangan mereka di borang pengesahan perlumbaan (Sign On Sheet). Sesi ini akan dimulakan satu jam sebelum waktu pelepasan setiap kategori dan akan tamat sepuluh minit sebelum waktu pelepasan bagi kategori tersebut. Pelumba diwajibkan menghadirkan diri sendiri untuk menurunkan tandatangan masing-masing pada sesi tersebut.
- Panel Komisar berhak untuk membatalkan penyertaan atau kemenangan mana-mana pelumba yang gagal untuk menurunkan tandatangan mereka di borang pengesahan pelumba (Sign On Sheet).
- Semasa menandatangani “ Sign On Sheet” para pelumba dikehendaki memakai pakaian seragam rasmi pelumba serta memasang nombor badan masing-masing.
- Pelumba yang telah di “overlapped” tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan.
- Sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang tidak diduga semasa perlumbaan, Panel Komisar berhak memberhentikan sementara perlumbaan tersebut dan Panel Komisar juga berhak untuk mengurangkan masa/jarak perlumbaan bagi kategori tersebut apabila perlumbaan disambung semula.
- Penentuan pemenang berdasarkan kedudukan pelumba yan g melintasi garisan penamat semasa pecutan di pusingan terakhior perlumbaan.
6.0 BASIKAL
- Semua basikal yang akan digunakan di dalam perlumbaan dimestikan menjalani pemeriksaan oleh petugas-petugas yang berkenaan di dalam kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Setiap pelumba wajib untuk membawa basikal untuk pemeriksaan sekurang-kurang 45 minit sebelum masa pertandingan.
- Mana-mana basikal yang didapati tidak selamat untuk digunakan ataupun tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan akan dibenarkan untuk dibaiki di luar kawasan pemeriksaan basikal. Basikal yang telah dibaiki ini mestilah menjalani pemeriksaan semula sebelum dibenarkan untuk digunakan semasa berlumba.
7.0 WASTE DISPOSAL ZONE
- Pihak penganjur akan menyediakan kawasan untuk membuang bekas minuman serta bungkusan makanan. Pelumba-pelumba dibenarkan membuang bekas minuman serta bungkusan makanan di kawasan yang telah ditetapkan sahaja.
8.0 MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
- Sepuluh(10) orang pemenang setiap kategori akan menerima medal dan wang tunai. Semua pemenang diwajibkan memakai jersi/seluar perlumbaan atau trek sut, memakai kasut trek atau kasut sukan (tanpa kacamata jenis sunglass serta topi) semasa menaiki podium untuk menerima hadiah.
9.0 TOPI KELEDAR (HELMET), PAKAIAN (JERSI) DAN KASUT
- Semua pelumba dimestikan memakai hard shell helmet yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri Pihak penganjur atau komisar berhak menghalang pelumba-pelumba yang tidak menggunakan helmet yang bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri keselamatan daripada menyertai perlumbaan.
- Pelumba hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan perlumbaan basikal. Pemakaian jeans, jersi yang tidak berlengan (sleeveless), berselipar atau sandal adalah di larang sama Pihak komisar mempunyai kuasa untuk melarang pelumba dari berlumba jika terdapat etika pemakaian yang tidak melambangkan semangat perlumbaan basikal.
10.0 BANTAHAN / TATATERTIB
- Semua pelumba/pasukan boleh membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan wang pertaruhan berjumlah RM 200.00 tunai kepada Panel Komisar dalam tempoh masa lima belas (15) minit selepas keputusan rasmi sesuatu kategori
- Sekiranya aduan bantahan atau rayuan itu munasabah dan diterima oleh Panel Komisar, maka wang pertaruhan itu akan dikembalikan dan satu keputusan bersesuaian akan dibuat berhubung dengan aduan, bantahan atau rayuan
- Wang pertaruhan itu akan lucut hak (tidak akan dikembalikan) dan menjadi pendapatan kepada persatuan sekiranya aduan, bantahan atau rayuan itu didapati tidak munasabah atau
11.0 HAL-HAL LAIN
- Mana-mana pelumba yang telah mendaftar dan diberikan Nombor Pelumba tidak dibenarkan sama sekali untuk menyerah nombor tersebut kepada pelumba lain (memberi kebenaran pelumba lain menggunakan nombor beliau).
- Pelumba yang tidak mendaftar diri tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan nombor pelumba lain. Sekiranya kejadian ini berlaku, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan beliau atau membatalkan kemenangan
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kemalangan, kematian atau kerosakan serta kehilangan harta benda, sebelum, semasa atau selepas pertandingan ini
- Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan kepada peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas tanpa sebarang pemberitahuan terlebih Sebarang pindaan akan diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan. Keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Pengurus Pasukan adalah muktamad.
|