KUCHING STREET PARADE

Aktiviti KUCHING STREET PARADE
Tarikh 5 OGOS 2023
Masa 7.00 MALAM – 12 MALAM
Tempat PUSAT BANDARAYA KUCHING
Kategori Pertandingan
  1. TERBUKA (JABATAN KERAJAAN, SWASTA, NGO’S DAN LAIN-LAIN)
  2. ANTARABANGSA
  3. KOMUNITI (KJM, JKKK, KRT)
  4. KUMPULAN PANCARAGAM
  5. SEKOLAH MENENGAH, IPTA DAN IPTS
  6. PERTANDINGAN FOTOGRAFI
Hadiah Pertandingan UNTUK SEMUA 5 KATEGORI (TERBUKA, ANTARABANGSA, KOMUNITI, KUMPULAN PANCARAGAM, SEKOLAH MENENGAH, IPTA DAN IPTS)

  • Tempat Pertama – RM5,000 dan Piala
  • Tempat Kedua – RM3,000 dan Piala
  • Tempat Ketiga – RM2,000 dan Piala

 

PERTANDINGAN FOTOGRAFI

  • Tempat Pertama – RM1,500
  • Tempat Kedua – RM1,000
  • Tempat Ketiga – RM800
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Perarakan Kuching Street Parade 2023 bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dijadual diadakan pada 5 Ogos 2023 (Sabtu) bertempat di Pusat Bandaraya, Kuching dan bertemakan “Sarawak Maju Makmur”.
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kementerian/ Jabatan Kerajaan Negeri/ Persekutuan/ Badan Berkanun/ Pihak Swasta/ Pertubuhan/ Persatuan/ IPTA/ IPTS dan Sekolah-sekolah menengah di Negeri Sarawak.
  1. Kategori penyertaan perarakan ini terbahagi kepada lima (5) kategori :
  • Antarabangsa
  • Kumpulan Pancaragam
  • Sekolah Menengah, IPTA dan IPTS
  • Komuniti (KJM, JKKK, KRT)
  • Terbuka (Jabatan Kerajaan, Swasta, NGO’s dan lain-lain)
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada 60 kontinjen terawal yang berjaya mendaftar secara rasmi. Pihak penganjur berhak untuk menerima atau menolak sebarang penyertaan.
  2. Penyertaan hendaklah dibuat secara dalam talian di dbku.events sebelum atau pada 30 Jun 2023 Jumaat jam 12:00 tengah malam. Penyertaan yang tidak lengkap atau dihantar selepas tarikh tutup akan DITOLAK.
  3. Setiap kontinjen yang mengambil bahagian adalah minimum seramai 30 orang dan maksimum seramai 40 orang termasuk ketua kontinjen dan pembawa placard.
  4. Setiap kontinjen adalah diminta untuk mula berkumpul di tapak perarakan bermula seawal jam 4:00 petang dan Ketua Kontinjen berperanan untuk melapor diri kepada urusetia yang akan bertugas di tapak tersebut.
  5. Setiap kontinjen dikehendaki membuat persembahan selama dua (2) minit di hadapan Pentas Utama dan dikehendaki menyediakan muzik/lagu dengan tema tersendiri (terhad untuk 2 minit) dalam bentuk salinan CD dan diserahkan kepada penganjur sebelum atau pada 14 Julai 2023. Markah akan ditolak sekiranya persembahan melebihi had masa yang telah ditetapkan.
  6. Aksi kurang sopan dan kata-kata lucah adalah dilarang sama sekali di sepanjang perarakan.
  1. Setiap kontinjen perlu melantik 4 orang ahlinya sebagai marshall untuk :-
  • Mengawal pergerakan kontinjen
  • Membantu menyelaraskan pergerakan kontinjen bagi mengekalkan kesinambungan aliran perbarisan
  • Membantu mengawal kesesakan laluan dalam memastikan ruang yang mencukupi untuk pergerakan para ahli kontinjen semasa berlangsungnya persembahan
  • Memastikan kekemasan pakaian sentiasa teratur dalam pergerakan perarakan. Pemakaian sandal/selipar semasa raptai/perarakan sebenar adalah DILARANG
  1. Pihak penganjur berhak untuk menukar format persembahan perarakan dan sebarang perubahan adalah tetap dan muktamad.
  2. Keputusan juri dalam pertandingan adalah muktamad. Penilaian adalah berdasarkan kriteria-kriteria tersebut :
  • Teknikal
  • Penggunaan Bahan
  • Konsep/Tema
  • Kekemasan
  1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan, kerosakan, kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas penyertaan kontinjen dalam perarakan ini.
  2. Semua ketua kontinjen mestilah menghadiri taklimat, cabutan undi kedudukan kontinjen dan raptai yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kemudian.
  3. Semua perbelanjaan akan ditanggung oleh peserta sendiri atau pertubuhan diwakili mereka. Pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang kos yang terlibat dalam penyediaan logistik dan kelengkapan setiap kontinjen.
  4. Sila bawa slip pendaftaran semasa taklimat bersama ketua-ketua kontinjen pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh pihak penganjur kemudian.
Yuran Penyertaan

Tarikh Tutup Penyertaan
Sebarang Pertanyaan PEJABAT              :  BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM

PEGAWAI              :Ambok Abd. ‘Azhim Bin Ambok MaeK

NO.TELEFON         : 082-512200

E-MEL                    :  [email protected]