Aktiviti |
“INNOVATION CHALLENGE”
SEMPENA PESTA KUCHING 2021 |
Tarikh Tutup Penyertaan |
31 Ogos 2021 (Selasa)
|
Tempat |
Secara Dalam Talian |
Pertandingan |
Terbuka kepada warganegara Malaysia |
Hadiah Pertandingan |
Johan – Wang Tunai RM2000.00 + Sijil
Naib Johan – Wang Tunai RM1500.00 + Sijil
Ketiga – Wang Tunai RM1000.00 + Sijil
2 Saguhati – Wang Tunai RM500.00 + Sijil |
Objektif Pertandingan |
Untuk mencari cetusan idea kreatif yang bersesuaian dengan tema dalam konteks merujuk kepada produk, proses, teknologi, perkhidmatan, ataupun solusi kepada permasalahan yang berkaitrapat dengan sains dan kesihatan |
Terma dan Syarat Penyertaan |
- Terbuka kepada warganegara Malaysia.
- Setiap penyertaan harus memasukkan elemen bertemakan “BandarayaKU Bersih, Sihat, & Bebas COVID-19.
- Borang penyertaan boleh didapati di dbku.events dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
- Idea inovasi dalam bentuk video tidak lebih dari 5 minit dan perlu dihantar ke email : [email protected]
- Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
- Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana ciptaan inovasi samada tempatan atau luar negara. Tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
- Panel hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
- Semua inovasi yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- 10 peserta yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan di Facebook DBKU City Library dan melalui panggilan telefon.
- Konsep pertandingan akhir adalah secara langsung di platform Google Meet dengan pembentangan hasil inovasi selama 10-15 minit.
- Sebarang pindaan terma dan syarat adalah tertakluk kepada Perpustakaan Bandaraya DBKU.
- Perpustakaan Bandaraya DBKU tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta untuk penyertaan pertandingan ini.
|
Yuran Penyertaan |
Percuma
|
Tarikh Tutup Penyertaan |
31 Ogos 2021 (Selasa) |
Sebarang Pertanyaan |
Bakeri bin Haji Mohamad Ali (016-8983762)
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Pejabat : 082-507403 / 507099 |