Pertandingan Fotografi Earth Hour 2021 Online

Aktiviti Pertandingan Fotografi berkonsepkan Earth Hour bertemakan “Climate Change To Save Earth
Tarikh & Masa

 27 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021

Tempat
Kategori Pertandingan Kreatif  dan menarik berkonsepkan Earth Hour 2021 dengan tema “Climate Change to Save Earth” dimana gambar yang dipertandingkan dapat menyampaikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjimatan tenaga dan juga kesannya terhadap alam sekitar.
Hadiah Pertandingan
  1. ) Hadiah Utama – Tablet
  2. ) Hadiah Kedua – Smart Phone 256GB
  3. ) Hadiah Ketiga – Smart Phone 64GB
  4. ) Hadiah Saguhati – Smart Watch
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Pertandingan fotografi ini terbuka kepada semua warga Sarawak yang berumur 13 tahun ke atas dan PERCUMA.
  2. Pertandingan ini akan bermula pada 27 Mac 2021 sehingga 31 Mac 2021.
  3. Fotografi yang dipertandingkan hendaklah kreatif dan menarik berkonsepkan EARTH HOUR 2021 dengan tema “Climate Change to Save Earth” dan tidak melanggar undang-undang hak cipta.
  4. Semua gambar penyertaan mestilah asli, merupakan idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapati hasil karya adalah tidak asli. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar pernah memenangi atau menyertai pertandingan fotografi yang lain.
  5. Setiap peserta hanya layak menghantar satu (1) gambar yang akan dipertandingkan menggunakan kamera DSLR atau kamera smartphone/tablet sahaja.
  6. Penyertaan yang dihantar adalah menjadi hak milik pihak penganjur yang berhak menghasilkan semula, menerbit atau mempamerkan untuk tujuan pengiklanan atau promosi tanpa pemberitahuan dan pembayaran kepada peserta. Peserta secara automatik dianggap sebagai bersetuju untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan untuk pertandingan ini.
  7. Penilaian dan penghakiman fotografi akan dinilai berdasarkan keaslian, konsep, kreativiti, kesan dan tanggapan serta keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
  8. Pengawai seranta yang boleh dihubungi ialah Puan Siti Nurhanisah dan Encik Shahfizal Shapiee (Bahagian Kesihatan Persekitaran) di talian 082-512912/512917
Cara-cara Penyertaan
    1. Daftar penyertaan anda melalui dbku.events
    2. Like pages Facebook DBKU https://www.facebook.com/dewanbandarayakuching/
    3. Peserta diwajibkan untuk SHARE & LIKE posting iklan pertandingan fotografi tersebut dan tagged 5 kawan-kawan di FB masing-masing (admin akan semak sebagai syarat wajib setiap penyertaan)
    4. Peserta hendaklah muat naik gambar yang dipertandingkan di Wall Facebook peserta dan wajib disertakan hashtag #EHDBKU21 dan #togetherwecare untuk layak ke pertandingan.

Contoh:

(GAMBAR)

#EHDBKU21
#togetherwecare

    1. Pastikan akaun media sosial anda terbuka (public) kepada umum bagi  memudahkan juri memilih pemenang.
Yuran Penyertaan

Terbuka kepada semua warga Sarawak dan PERCUMA.

Tarikh Tutup Penyertaan 1 April 2021
Sebarang Pertanyaan Pegawai seranta yang boleh dihubungi ialah Puan Siti Nurhanisah dan Encik Shahfizal Shapiee (Bahagian Kesihatan Persekitaran) di talian 082-512912/512917