Pertandingan Info Hunt 2022

Aktiviti Digital Info Hunt 2022 Sempena Hari Sarawak
Tarikh 23 Julai 2022
Masa 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat Perpustakaan Bandaraya DBKU & Sekitar Bandar Kuching
Kategori Pertandingan Berkumpulan
Hadiah Pertandingan

Johan            :RM3,000.00 + Medal

Naib Johan   :RM2,000,00 + Medal

Ketiga           :RM1,000.00 + Medal

Syarat-Syarat Penyertaan A. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1. Terbuka kepada semua rakyat Sarawak serta sihat tubuh badan.
2. Penyertaan adalah percuma.
3. Peserta digalakkan untuk menjadi ahli perpustakaan.
4. Penyertaan adalah secara berkumpulan (LIMA orang dalam SATU kumpulan).
5. Peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
6. Masa pertandingan bermula 8.00 pagi. Para peserta dikehendaki berada di kawasan pertandingan pada jam 7.00 pagi.
7. Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai untuk bersukan dan peserta dikehendaki memakai T-shirt yang telah disediakan pihak penganjur.
8. Pertandingan akan diadakan di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
9. Peserta hanya dibenarkan berlari dan berjalan kaki sahaja.
10. Peserta akan menggunakan alat peranti dan capaian internet sendiri sepanjang pertandingan berlangsung.
11. Setiap peserta hendaklah mengikuti peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
12. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan sepanjang tempoh pertandingan.
13. Keselamatan peserta adalah tanggungjawab masing-masing.
14. Setiap peserta digalakkan untuk menyertai pertandingan video kreatif InfoHunt DBKU
Library menggunakan aplikasi ‘Tik Tok’ dan dimuat naik di FB DBKU City Library beserta #infohuntdbkulibrary.
15. Keputusan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

B. PENDAFTARAN &TAKLIMAT
1. Pendaftaran secara dalam talian www.dbku.events dan tarikh tutup penyertaan pada 18 JULAI 2022 (ISNIN)
2. Wakil pasukan perlu hadir pada sesi pengesahan penyertaan dan taklimat yang dijadualkan seperti berikut: Tarikh : 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Allamanda, Aras 5, Perpustakaan Bandaraya DBKU, Bangunan Majma’ Mall.
3. Pasukan yang tidak hadir pada sesi taklimat akan dibatalkan penyertaan.
4. Semua peserta perlu hadir di tempat pelepasan (Majma’ Mall) sebelum jam 7.00 pagi. Pelepasan akan bermula pada jam 8.00 pagi (23 Julai 2022 – Sabtu).

C. FORMAT ACARA
1. Semua pasukan diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat dan undang-undang trafik semasa di jalan raya dan peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur pada setiap masa sepanjang pertandingan ini berlangsung;
2. Arah tuju lokasi “Info Hunt” adalah berpandukan “clue”
(soalan) yang akan diberi di permulaan acara dan tempat-tempat yang ditetapkan pihak penganjur;
3. Setiap pasukan akan diberikan QR kod dan pegawai bertugas di setiap check point akan mengimbas QR kod tersebut untuk pengesahan keberadaan pasukan di check
point tersebut;
4. Pasukan perlu memilih salah satu dan mengimbas QR kod yang disediakan setiap ‘check point’ untuk menjawab soalan.
5. Pasukan hendaklah menunjukkan bukti kepada pegawai petugas di setiap check point setelah melengkapkan soalan dan akan mengimbas QR kod untuk clue ke check point
seterusnya.
6. Setiap ahli dalam pasukan perlu berkumpul di Majma’ Mall setelah melengkapkan kesemua check point (10 check point).

D. SISTEM PEMBERIAN MARKAH DAN PENENTUAN PEMENANG
1. Penentuan pemenang akan dibuat oleh jawatankuasa penganjur berdasarkan ciri
penilaian dari segi:
a) Setiap jawapan yang tepat dan lengkap (InfoHunt Check Point”)
b) Kecepatan masa;
c) Kerjasama pasukan; dan lain-lain
2. Keputusan pertandingan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad.

Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 18 Julai 2022 (ISNIN)
Sebarang Pertanyaan

PEJABAT: 082-507403/507099

PEGAWAI: Mohd Razis Bin Saleh/Hasinah Hj. Morsidi

Alamat: Perpustakaan Bandaraya DBKU Aras 4 & 5, Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak).

EMEL: [email protected]