PERTANDINGAN KALIGRAFI ARAB 2021

Aktiviti PERTANDINGAN KALIGRAFI ARAB 2021
Tarikh Tutup Penyertaan

27 Ogos 2021 (Jumaat)

Tempat Secara Dalam Talian
Penyertaan Terbuka kepada warga Kuching untuk semua peringkat umur

Terhad 100 orang peserta

Hadiah Pertandingan

Johan –         Wang Tunai RM500+ Sijil

Naib Johan – Wang Tunai RM400+ Sijil

Ketiga –         Wang Tunai RM300+ Sijil

7 Saguhati –  Wang Tunai RM100 + Sijil

OBJEKTIF PERTANDINGAN
  1. Menarik minat warga bandaraya kepada keindahan dan kehalusan Kaligrafi Arab dan mendalami tentang kepentingan seni Kaligrafi Arab.
  2. Mengembangkan lagi minat pencinta seni Kaligrafi Arab.
  3. Mencungkil bakat dan kreativiti dalam bidang penghasilan tulisan arab yang terbaik.
Terma dan Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada warga Kuching untuk semua peringkat umur.
  2. Terhad 100 orang peserta sahaja.
  3. Setiap penyertaan mestilah karya asli yang ditulis tangan dan tidak menggunakan mana-mana kesan khas digital atau apa-apa yang berkaitan.
  4. Setiap karya yang dihantar mestilah ditulis sendiri oleh peserta dan menggunakan kertas yang disediakan oleh pihak penganjur dan bukan diupah atau disalin daripada mana-mana karya orang lain.
  5. Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang berwarna hitam atau ‘dark brown’.
  6. Penggunaan warna untuk tujuan hiasan tidak melebihi tiga warna.
  7. Hiasan mestilah tidak menyalahi syarak dari segi susunan, kaedah, motif dan gambaran kepada sesuatu maksud yang menyalahi syariah.
  8. Tiada penggunaan lambang atau logo sensitif yang menyentuh isi agama, politik, perkauman sosial dan sebagainya.
  9. Segala perbelanjaan penghasilan karya, pengurusan berkaitan karya dan penghantaran adalah ditanggung sendiri peserta.Sekiranya berlaku kerosakan pada karya yang dihantar pihak penganjur tidak akan bertangungjawab.
  10. Setiap karya yang dihantar adalah menjadi hakmilik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  11. Mana-mana keputusan pertandingan yang akan diumumkan adalah muktamad. Sebarang bantahan kepada keputusan hakim tidak akan dilayan.
  12. Mana-mana kos berkaitan pengambilan hadiah oleh pemenang –pemenang tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
  13. Karya yang dihantar mestilah dalam keadaan baik dan tidak dilipat, digulung atau rosak.
  14. Penyertaan adalah dalam bentuk individu dan setiap individu hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  15. Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau institusi. Pihak penganjur pertandingan berhak menolak mana-mana karya yang didapati diplagiat dari mana-mana sumber yang diketahui.
  16. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan , tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan bukanlah sebagai bukti penyertaan.
  17. Mana-mana karya yang didapati tidak menepati syarat –syarat pertandingan maka pihak penganjur berhak menolak penyertaan dan karya tersebut.
  18. Penyertaan adalah percuma. Pendaftaran Pertandingan adalah secara dalam talian yang boleh didapati di dbku.events
  19. Peserta perlu menyertakan karya dan video dalam bentuk soft copy (cd) semasa proses menyiapkan karya yang berdurasi 10 minit (disunting)
  20. Kertas khat, teks ayat dan cd akan disediakan oleh pihak penganjur. Peserta diminta datang sendiri untuk mengambil bahan-bahan tersebut pada 1 dan 2 September 2021 di Perpustakaan Bandaraya DBKU pada waktu pejabat.
  21. Hasil karya dan video rakaman hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 6 September 2021 sehingga jam 4:00 petang
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 27 Ogos 2021 (Jumaat)
Sebarang Pertanyaan Saperi Bin Boll (01112639186 )

Perpustakaan Bandaraya DBKU

Pejabat : 082-507403/507099