Pertandingan Kaligrafi Arab 2024

Aktiviti Pertandingan Kaligrafi Arab 2024 Anjuran Perpustakaan Bandaraya DBKU
Tarikh 5 Mac 2024 (Selasa)
Masa 10:00pagi
Tempat Secara Dalam Talian Perpustakaan Bandaraya DBKU
Kategori Pertandingan Kategori A- Sekolah Rendah (Darjah 4-6)

Kategori B- Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

Hadiah Pertandingan Kategori A (Darjah 4-6)

Johan   : RM250

Naib Johan  :  RM200

TempatT Ketiga  :  RM150

5 Saguhati  :  RM100

 

Kategori B (TIngkatan 1-3)

Johan   : RM250

Naib Johan :  RM200

Tempat Ketiga  :  RM150

5 Saguhati :  RM100

Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada dua kategori iaitu A dan B .
  2. Kategori A darjah 4 hingga 6 dan kategori B tingkatan 1 hingga 3.
  3. Penyertaan adalah percuma.
  4. Terhad kepada 40 orang peserta setiap kategori.
  5. Setiap penyertaan mestilah karya asli yang ditulis tangan dan tidak menggunakan mana-mana kesan khas digital atau apa-apa yang berkaitan.
  6. Setiap penyertaan mestilah ditulis sendiri oleh peserta dan menggunakan kertas sendiri.
  7. Peserta perlulah menggunakan kertas Acrylic oil painting paper bersaiz A3.
  8. Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang bewarna hitam atau ‘dark brown’.
  9. Digalakkan menggunakan mata pen bersize 3.0
  10. Penggunaan warna untuk tujuan hiasan tidak melebihi tiga warna.
  11. Hiasan mestilah tidak menyalahi syarat dari segi susunan, kaedah, motif dan gambaran kepada sesuatu maksud yang menyalahi syariah.
  12. Tiada penggunaan lambang atau logo sensitif yang menyentuh isu agama, politik, perkauman sosial dan sebagainya.
  13. Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau institusi.
  14. Segala perbelanjaan penghasilan karya, pengurusan berkaitan karya dan penghantaran adalah ditanggung oleh peserta.
  15. Sekiranya berlaku kerosakan pada karya yang dihantar pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab.
  16. Mana-mana keputusan pertandingan yang akan diumumkan adalah muktamad. Sebarang bantahan kepada keputusan hakim tidak akan dilayan.
  17. Mana-mana kos berkaitan pengambilan hadiah oleh pemenang tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
  18. Penyertaan adalah dalam bentuk individu dan setiap individu hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  19. Setiap karya yang dihantar adalah menjadi hakmilik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  20. Pendaftaran pertandingan adalah secara dalam talian yang boleh didapati di dbku.events
  21. Soalan kaligrafi Arab akan dikeluarkan pada tarikh 5 Mac 2024 Selasa di ruangan Facebook Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  22. Tarikh tutup penyertaan bagi kaligrafi Arab adalah 26 Februari 2024.
  23. Video rakaman hendaklah dalam format MP4/AV1 dan MDV dihantar melalui email.
  24. Hasil karya hendaklah di hantar selewat-lewatnya 7 Mac 2024 khamis sehingga jam 4:00 petang di Perpustakaan Bandaraya DBKU.
Yuran Penyertaan

PERCUMA

Tarikh Tutup Penyertaan 26 Februari 2024
Sebarang Pertanyaan PEJABAT                : 082-507403/507099

PEGAWAI              : SITI FATIMAH BINTI SALLEH

E-MEL                    :  [email protected]