Pertandingan Melukis Poster Maal Hijrah 2022/1444H

Aktiviti PERTANDINGAN MELUKIS POSTER MAAL HIJRAH 2022
Tarikh 31 Julai 2022 (AHAD)
Masa
Tempat Secara dalam Talian
Kategori Pertandingan Warga Bandaraya Kuching
Hadiah Pertandingan

Johan            :RM500 + PLAK + SIJIL

Naib Johan   :RM400 + PLAK + SIJIL

Tempat Ketiga  :RM300 + PLAK + SIJIL

Syarat-Syarat Penyertaan

1.  OBJEKTIF AKTIVITI/PROGRAM

(a)  Dapat menghayati peristiwa Hijrah Rasulullah serta perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam.

(b)  Mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa HIjrah Rasulullah.

(c)  Menanamkan rasa cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W.

(d)  Untuk mencari cetusan idea kreatif dalam melukis poster Maal Hijrah dengan tema “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”.

 

2.  TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN

(a)  Terbuka kepada warga Kuching untuk semua peringkat umur.

(b)  Penyertaan adalah percuma.

(c)  Setiap peserta harus memasukan elemen ‘Maal Hijrah’ ke dalam lukisan poster.

(d)  Tema Poster adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” (Tulisan Rumi atau Jawi)

(e)  Poster digalakkan mengandungi ayat Al-Quran atau Al-Hadis beserta terjemahan dalam tulisan Rumi atau Jawi.

(f)  Dilarang menggunakan gambar manusia atau haiwan yang sebenar.

(g)  Poster hendaklah dilukis di atas kertas berukuran saiz A3.

(h)  Penganjur tidak menyediakan kertas A3.

(i)  Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu(1) penyertaan akan dipilih sebagai pemenang.

(j)  Semua ciptaan yang dihantar mestilah asli dan tidak ditiru mana-mana poster sama ada tempatan luar negara.

(k)  Penyertaan hendaklah dihnatar ke Perpustakaan Bandaraya selewat-lewatnya pada 31 Julai 2022 (Ahad) sebelum jam 4.00 petang.

(l)  Pihak penganjur tidak akan menerima penyertaan selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

(m)  Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Julai 2022.

(n)  Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (www.dbku.events) sebelum atau pada 31 Julai 2022 (Ahad).

(o)  Semua karya poster akan menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU.

(p)  Sebarang pindaan terma dan syarat adalah tertakluk kepada Perpustakaan Bandaraya DBKU.

(q)  Perpustakaan Bandaraya DBKU tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta untuk penyertaan pertandingan ini.

(r)  Keputusan Pemenang akan diumumkan di Facebook DBKU City Library dan melalui panggilan telefon.

(s)  Para peserta digalakkan untuk memuat naik karya masing-masing di media sosial bagi menyemarakkan Sambutan Maal Hijrah dengan #dbkucitylibrary dan #maalhijrah2022

Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 31 JULAI 2022 (AHAD)
Sebarang Pertanyaan

PEJABAT: 082-507403/507099

 

PEGAWAI: AIDAHWATI BINTI HJ. YASSEN

 

EMEL: [email protected]