PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO 2022

Aktiviti PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO SEMPENA BULAN KEBERSIHAN BANDARAYA KUCHING 2022
Tarikh 13 -16 Jun 2022
Masa
Tempat Perpustakaan Bandaraya DBKU
Kategori Pertandingan WARGA BANDARAYA KUCHING
Hadiah Pertandingan

HADIAH UTAMA RM3,000.00

Syarat-Syarat Penyertaan
    1. Setiap peserta harus memasukkan elemen “Bulan Kebersihan” ke dalam reka cipta logo“Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2022”
    2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Bandaraya Kuching yang berumur 15 tahun ke atas.
    3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun hanya 1 penyertaan akan dipilih sebagai pemenang dan peserta hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja.
    4. Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
    5. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo samada tempatan atau luar Negara.
    6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2022 (Sabtu) sebelum 4.00 petang dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
    7. Panel Hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
    8. Sekiranya terdapat persamaan dalam rekabentuk logo yang dihantar peserta yang terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.
    9. Semua rekabentuk logo yang diterima adalah menjadi hak milik DBKU dan tidak boleh dituntut oleh peserta.

     

    1. Rekabentuk logo yang menang akan digunakan sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching pada setiap tahun bulan Julai.
    2. Pihak DBKU berhak menggunakan semua rekabentuk logo yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau bayaran kepada peserta.

     

    SPESIFIKASI REKA BENTUK

    1. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga . Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau dicetak.
    2. Reka bentuk hendaklah logo hendaklah menarik,jelas dan kemas serta menerangkan elemen kebersihan bandaraya Kuching.
    3. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A3 (ukuran 29.7 x 42.0 cm ) dalam bentuk cetakan ( hardcopy ) dan “softcopy” (CD) menggunakan format AI (Adobe IIIustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 (dpi) atau menggunakan  perisian terkini yang bersesuaian.
    4. Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan dapat menterjemahkan fungsi logo.
    5. Sila lengkapkan penyertaan melalui laman sesawang www.dbku.events dan hantar rekaan logo “ Bulan Kebersihan “.
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 16 Julai 2022
Sebarang Pertanyaan

PEGAWAI: MOHAMAD ZAWAWI

 

PEJABAT: 082-507403/507099

 

EMAIL: [email protected]

Perpustakaan Bandaraya DBKU

Tingkat 5,

Majma Tuanku Abdul Halim Mu’Adzam Shah,

Jalan P. Ramlee,

93400 Kuching, Sarawak.