Pertandingan Mereka Cipta Maskot Membaca Perpustakaan Bandaraya DBKU

Aktiviti Pertandingan Mereka Cipta Maskot Membaca  Perpustakaan Bandaraya DBKU
Tarikh 11 Mac 2023 – 11 April 2023
Masa 9.00 pagi
Tempat Perpustakaan Bandaraya DBKU, Aras 5, Majma Mall.
Kategori Pertandingan Warga Bandaraya Kuching   
Hadiah Pertandingan Juara –  RM 500.00 (Wang Tunai)
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Setiap peserta harus memasukkan elemen MEMBACA ke dalam reka cipta Maskot.
  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Bandaraya Kuching yang berumur  16 tahun ke atas.
  3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.  Walau bagaimana pun hanya 1 penyertaan yang akan dipilih sebagai pemenang.
  4. Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  5. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak meniru dari mana-mana maskot sama ada tempatan atau luar negara.
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 April 2023pada jam 3:00 petang dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
  7. Panel Hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah muktamad.  Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  8. Sekiranya terdapat persamaan dalam rekabentuk maskot yang dihantar, peserta akan terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.
  9. Semua rekabentuk maskot yang diterima adalah menjadi Hak Milik DBKUdan tidak boleh dituntut oleh peserta.
  10. Rekabentuk maskot yang menang akan digunakan sebagai Maskot Membaca Rasmi Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  11. Pihak DBKU berhak menggunakan semua rekabentuk maskot yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau bayaran kepada peserta.

 

SPESIFIKASI REKA BENTUK

  1. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.  Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga.  Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli dan dicetak.
  2. Reka bentuk hendaklah dipaparkan melalui (3) tiga pandangan iaitu pandangan sisi, pandangan hadapan dan belakang dan juga (3) tiga gaya berlainan mengikuti kreativiti masing-masing dan elemen maskot bercirikan MEMBACA.
  3. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A3 (ukuran 29.7 cm x 42.0 cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau “mounting board”dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy / ”menggunakan format AI (Adobe Illustrator) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
  4. Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk maskot dan warna yang digunakan serta memberi nama bagi maskot yang dicipta.
  5. Sila lengkapkan penyertaan melalui laman sesawang http://dbku.events dan hantar rekaan Maskot Membaca kepada urusetia:

Perpustakaan Bandaraya DBKU

Tingkat 5,

Majma’Tuanku Abdul Halim Muádzam Shah,

Jalan P. Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak.

No. Telefon : 082-507403 / 507099   Fax : 507920

Email : [email protected]

Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 11 April 2023
Sebarang Pertanyaan

PEJABAT                :  507403 /507099

PEGAWAI              :   PN. KHO HUI CHENG / En Mohd Shahdan Sawal

E-MEL                    :    [email protected]