PERTANDINGAN MEREKA MASKOT SEMPENA BULAN KEBERSIHAN BANDARAYA KUCHING 2021

Aktiviti PERTANDINGAN MEREKA MASKOT SEMPENA BULAN KEBERSIHAN BANDARAYA KUCHING 2021
Tarikh Pendaftaran

06 hingga 16 Julai 2021

Tempoh Masa Aktiviti 04:30 petang
Tempat
Kategori Pertandingan Terbuka kepada semua warga Kuching
Hadiah Pertandingan Wang Tunai RM3,000.00
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Setiap peserta harus memasukkan elemen “Bulan Kebersihan” ke dalam reka cipta maskot “Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2021”.
  2. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Bandaraya Kuching yang berumur 18 tahun ke atas.
  3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun hanya 1 penyertaan akan dipilih sebagai pemenang dan peserta hanya dibenarkan memenangi satu hadiah sahaja.
  4. Kakitangan DBKU dan hakim tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  5. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana maskot sama ada tempatan atau luar negara.
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Julai 2021 sebelum 4.30 petang dan sebarang penyertaan selepas tarikh tutup TIDAK akan dilayan.
  7. Panel Hakim yang akan dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  8. Sekiranya terdapat persamaan dalam reka bentuk maskot yang dihantar, peserta yang terlebih dahulu menghantar borang lengkap dengan ilustrasi yang jelas akan dianggap sebagai pemenang.
  9. Semua reka bentuk maskot yang diterima adalah menjadi hak milik DBKU dan tidak boleh dituntut oleh peserta.
  10. Reka bentuk mascot yang menang akan digunakan sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching pada bulan Julai setiap tahun.
  11. Pihak DBKU berhak menggunakan semua rekabentuk maskot yang dipertandingkan untuk tujuan pengiklanan dan promosi serta lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau bayaran kepada peserta.
Spesifikasi Reka Bentuk
  1. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang bolah dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau dicetak.
  2. Reka bentuk hendaklah dipaparkan melalui (3) tiga pandangan iaitu pandangan sisi, pandangan hadapan dan belakang dan juga (3) tiga gaya berlainan mengikuti kreativiti masing-masing dan elemen maskot bercirikan sempena “Bulan Kebersihan” serta Bandaraya Kuching.
  3. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A3(ukuran 29.7 x 42.0 cm) berwarna putih dalam computer grafik dan dilekatkan dalam kertas tebal atau “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk “softcopy” (pendrive) menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian terkini yang bersesuaian.
  4. Pereka hendaklah memberikan penerangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk maskot dan warna yang digunakan dan perlu memberi nama bagi maskot yang dicipta.
  5. Sila kembalikan borang yang telah lengkap di isi ke urusetia beserta rekaan maskot “Bulan Kebersihan”
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 16 Julai 2021
Sebarang Pertanyaan Norarren (013-8484982)

Perpustakaan Bandaraya DBKU

Pejabat : 082-507403/507099