Pertandingan Rekacipta Bahan Kitar Semula

Aktiviti PERTANDINGAN REKACIPTA BAHAN KITAR SEMULA
Tarikh
Tutup Penyertaan

25 November hingga 10 Disember 2021

Tempat Secara Dalam Talian
Penyertaan Terbuka kepada warga Sarawak untuk semua peringkat umur
Hadiah Pertandingan

Johan – Wang Tunai RM500 + Sijil
Naib Johan – Wang Tunai RM400 + Sijil
Ketiga – Wang Tunai RM300 + Sijil
2 Saguhati – Wang Tunai RM100 + Sijil

Objektif Pertandingan ⦁ Untuk mencari cetusan idea kreatif dalam reka cipta bahan kitar semula
⦁ Memberi pendedahan mengenai kepentingan dan cara mengitar semula
⦁ Menerapkan nilai-nilai murni dan kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar
Syarat-Syarat Penyertaan
  • Terbuka kepada warga Sarawak untuk semua peringkat umur.
  • Penyertaan secara individu atau berkumpulan berkeluarga.
  • Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu dan berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi tiga (3) orang. Ahli kumpulan dikalangan ahli keluarga amat digalakkan bagi menunjukkan kerjasama.
  • Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (⦁ www.dbku.events) sebelum atau pada 10 Disember 2021 (Jumaat).
  • Setiap peserta dimestikan like Facebook DBKU City Library terlebih dahulu.
  • Gambar beserta video ringkas berdurasi 10 minit hendaklah dimuat naik di akaun facebook peserta dan pastikan hantaran pada tetapan umum bersama hashtag #DBKUCityLibrary.
  • Gambar perlulah menunjukkan langkah-langkah penghasilan rekacipta sekurang-kurangnya sebanyak 5 keping gambar dan disertakan penerangan untuk setiap item yang dicipta.
  • Penepatan syarat saiz video 1920 x 1080 atau 1280 x 720
  • Peserta hanya boleh menggunakan barangan yang boleh dikitar semula (recycled). Bahan : plastic /tin / kertas /kaca sahaja.
  • Tema rekacipta adalah bebas.
  • Hasil reka cipta pemenang adalah menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  • Penyertaan akan dinilai berdasarkan kreativiti, idea dan penggunaan maksima bahan kitar semula. Panel hakim yang dilantik bagi memilih pemenang dan segala keputusan hakim adalah muktamad.
  • Semua multimedia yang dihantar akan menjadi hak milik Perpustakaan Bandaraya DBKU. Pihak penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan tanpa kos.
  • Sebarang pindaan terma dan syarat adalah tertakluk kepada Perpustakaan Bandaraya DBKU.
  • Perpustakaan Bandaraya DBKU tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos yang perlu ditanggung oleh peserta individu/kumpulan untuk penyertaan pertandingan ini.
  • Keputusan pemenang akan diumumkan di Facebook DBKU City Library dan melalui panggilan telefon
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 10 Disember 2021 (Jumaat)
Sebarang Pertanyaan Aidahwati Binti Hj. Yassen (016-8722523)
Perpustakaan Bandaraya DBKU
Pejabat : 082-507403/507099