Pertandingan Tarian Tradisional

Aktiviti Sejarah / latar belakang tarian(nyatakan sumber rujukan maklumat tersebut).
Tarikh

14 SEPTEMBER 2022 HINGGA 7 OKTOBER 2022

Masa Secara Dalam Talian
Tempat Secara Dalam Talian
Kategori Pertandingan WARGANEGARA MALAYSIA (BERMASTAUTIN DI SARAWAK)
Hadiah Pertandingan JOHAN : RM500 + PLAK + E-SIJIL

NAIB JOHAN : RM400 + PLAK + E-SIJIL

TEMPAT KETIGA : RM300 + PLAK + E-SIJIL

2 SAGUHATI : RM100 + E-SIJIL

Syarat-Syarat Penyertaan
1)      Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang bermastautin di  Sarawak.

2)      Penyertaan adalah PERCUMA.

3)      Peserta hendaklah berumur diantara 15 – 17 tahun.

4)      Penyertaan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang telah disediakan di www.dbku.events.

5)      Peserta hanya layak menghantar satu (1) video penyertaan sahaja dan belum pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan.

6)      Peserta hendaklah melengkapkan sejarah/latar belakang tarian yang dipertandingkan beserta dengan sumber rujukan maklumat tersebut diperolehi.

7)      PEMBATALAN  PENYERTAAN DAN HADIAH : Penganjur berhak menarik balik status  penyertaan atau kemenangan sekiranya terdapat pelanggaran syarat pertandingan.

8)      JANGKA MASA PERSEMBAHAN : Persembahan hendaklah berdurasi 10 – 15 minit beserta  dengan penerangan sejarah/latar belakang tarian yang dipertandingkan.

9)      Peserta perlu memuatnaik video rakaman di platform Facebook dengan #dbkucitylibrary dan melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (www.dbku.events) sebelum atau pada 7 Oktober 2022 (Jumaat).

10)  Setiap peserta akan diberikan esijil.

11)  Tarikh tutup penyertaan ialah pada                7 Oktober 2022 (Jumaat). Penyertaan yang lewat diterima dari tarikh ini tidak akan dilayan.

12)  Skema Pemarkahan/Penilai :

i)       Persembahan (kesesuaian,rentak,gerak tari,ekpresi & muzik – 40%

ii)     Daya cipta (reka tari, tema & keaslian) – 20%

iii)    Penerangan sejarah/latar belakang tarian dipertandingkan – 20%

iv)    Tatarias, Busana, Aksesori (sesuai dengan jenis tarian) – 20%

13)  Pihak penganjur pertandingan berhak memutuskan sesuatu yang tidak terkandung di dalam syarat-syarat yang berkaitan dengan pertandingan ini.

14)  Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.

15)  Pihak penganjur pertandingan tidak  bertanggungjawab di atas sebarang kos penyertaan/kemalangan   dalam menyertai pertandingan ini.

Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 7 Oktober 2022 (Jumaat)
Sebarang Pertanyaan PEJABAT                : 082-507403 / 507099

PEGAWAI              : PN. JULIA JANGGONG (013-8137128)

E-MEL                    :  [email protected]