PERTANDINGAN TIK TOK VIDEO KREATIF

Aktiviti PERTANDINGAN TIK TOK VIDEO KREATIF
Tema JU KITA KE LIBRARY
Tarikh

13 Jun hingga 21 Jun 2022

Tempat Secara Dalam Talian
Kategori Pertandingan Berkumpulan
Hadiah Pertandingan JOHAN – RM400.00
NAIB JOHAN – RM300.00
KETIGA – RM200.00
2 SAGUHATI – RM100
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua warga Kuching.
  2. Penyertaan adalah berkumpulan.
  3. Peserta mestilah ahli Perpustakaan DBKU.
  4. Peserta perlu melengkapkan borang penyertaan secara dalam talian (www.dbku.events) pada 13 Jun hingga 21 Jun 2022 jam 5:00 petang.
  5. Video haruslah mengikut tema yang ditetapkan.
  6. Lokasi video mestilah di Perpustakaan Bandaraya DBKU (Majma Mall) atau dimana-mana Perpustakaan Komuniti DBKU (Perpustakaan Komuniti Taman Mawar, Perpustakaan Komuniti Darul Hana Patingan, Perpustakaan Komuniti Sg. Maong, Perpustakaan Komuniti Buntal, Perpustakaan Tupong, Perpustakaan Komuniti Santubong, Perpustakaan Komuniti Senari, Perpustakaan Komuniti Goebilt dan Perpustakaan Komuniti Salak).
  7. Peserta hanya dibenarkan menghantar 1 video sahaja untuk dipertandingkan.
  8. Hasilkan video yang paling kreatif dan menarik. Peserta dilarang untuk menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
  9. Konsep, muzik dan kesan bunyi adalah bebas dan mengikut kreativiti masing-masing.
  10. Peserta mesti “LIKE” Facebook DBKU CITY LIBRARY.
  11. Muat naik video dengan tetapan paparan umum di Facebook dan menggunakan #dbkucitylibrary
  12. Keputusan para hakim adalah muktamad.
  13. Keputusan pemenang akan diumumkan di Facebook DBKU City Library dan melalui panggilan telefon.
Yuran Penyertaan

Percuma

Tarikh Tutup Penyertaan 26 JUN 2022
Sebarang Pertanyaan PEJABAT : 082-507403/507099
PEGAWAI : PN. NORLAILA BOHAN
E-MEL : [email protected]