Pertandingan Video Hari Sarawak

Aktiviti PERTANDINGAN VIDEO HARI SARAWAK
Tarikh

1 APRIL 2021 – 15 JULAI 2021

Masa TEMPOH PERTANDINGAN SELAMA 3 BULAN
Tempat PERPUSTAKAAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Kategori Pertandingan TERBUKA KEPADA RAKYAT SARAWAK
Hadiah Pertandingan

HADIAH  PERTAMA : RM2,000.00

HADIAH  KEDUA : RM1,500.00

HADIAH KETIGA : RM1,000.00

SAGUHATI (2x) : RM500.00

Syarat-Syarat Penyertaan       A.MAKULUMAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan Video adalah anjuran Perpustakaan Bandaraya Kuching Utara.
  2. Tempoh pertandingan ini adalah bermula dari 1 April 2021 hingga 15 Julai 2021.
  3. Pertandingan adalah bertemakan Hari Sarawak.

      B. KELAYAKAN PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Sarawak

      C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  1. Penyertaan adalah PERCUMA.
  2. Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan. Bagi penyertaan berkumpulan, setiap kumpulan hendaklah tidak lebih dari 3 orang (termasuk ketua kumpulan).
  3. Peserta boleh menghantar tiga (3) video yang berlainan.  Walau bagaimanapun,  setiap peserta hanya layak untuk menerima satu (1) hadiah sahaja.
  4. Setiap produksi boleh melibatkan seberapa ramai pelakon.
  5. Genre terbuka seperti animasi, drama, sketsa, komedi atau dokumentari.
  6. Kos penyediaan video adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
  7. Durasi video adalah antara 3 hingga 5 minit.
  8. Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
  9. Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipapar dalam segala bentuk media video.
  10. Format yang dibenarkan adalah AVI,WMV, MOV, FLV dan MP4.
  11. Resolusi minima video yang dihantar video HD 720p (1280 x 720 resolution).
  12. Peserta dikehendaki untuk menyediakan sinopsis / ringkasan isi kandungan video.
  13. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak penganjur  tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
  14. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan dan TIDAK MENGHINA mana-mana pemimpin dan individu.
  15. Setiap penyertaaan mestilah merupakan kerja asal / asli dan tidak menceroboh mana-mana hak cipta orang lain. Semua penyertaan TIDAK BOLEH dimuat naik ke mana-mana portal sebelum mendapat kebenaran penganjur.
  16. Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH menyertai mana-mana Pertandingan  video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  17. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya dikemukakan tidak asli / di ciplak.
  18. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas membatalkan penyertaan.
  19. Borang penyertaan lengkap hendaklah disertakan dengan :

     a. Biodata peserta

     b. 1 salinan CD/DVD yang telah dilabel

     c. Perakuan penyertaan adalah asli

     d. Sinopsis video

     D.TUNTUTAN HAK CIPTA

  1. Perpustakaan Bandaraya DBKU berhak menggunakan karya penyertaan dalam semua  bentuk promosi yang lain.
  2. Perpustakaan Bandaraya DBKU berhak untuk membuat suntingan terhadap video penyertaan bagi tujuan pendidikan, penyiaran dan promosi perpustakaan.

     E. HADIAH DAN KEPUTUSAN

  1. Tawaran hadiah adalah seperti berikut :

Hadiah tempat pertama : RM2,000.00 dan sijil penyertaan

Hadiah tempat kedua  :  RM1,500.00 dan sijil penyertaan

Hadiah tempat ketiga :  RM1,000.00 dan sijil penyertaan

Saguhati : RM500 X 2

  1. Setiap karya akan dinilai keaslian, isi kandungan, konsep dan kreativiti serta kualiti produksi oleh panel juri yang dilantik oleh pihak penganjur.
  2. Pemenang akan dihubungi melalui telefon dan emel.
  3. Keputusan panel juri adalah muktamad.Sebarang rayuan dan bantahan tidak akan dipertimbangkan.

      F. TEMPOH PERTANDINGAN

  1. Tarikh tututp penyertaan adalah pada 15 Julai 2021 jam 12.00 tengah hari.
  2. Peserta dihendaki mengisi borang penyertaan di laman web dkbu.event dan hantar kepada Urusetia Pertandingan Video melalui emel: [email protected]
  3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:

Urusetia Pertandingan Video Hari Sarawak Perpustakaan Bandaraya Kuching Utara Aras 4 & 5, Komplek Islam Sarawak Jln P.Ramlee, 93400 Kuching, Sarawak

Tel : 082-507099 / 507403

Fax : 082-507920

Facebook : DBKU City Library

Emel : [email protected]

Yuran Penyertaan

PERCUMA

Tarikh Tutup Penyertaan 15 JULAI 2021
Sebarang Pertanyaan PEJABAT                :  082-507099 / 507403

PEGAWAI              : ROSNANI BT ABU BAKAR/JOHAN BIN JALET

E-MEL                    :  [email protected]