PROGRAM THE BIGGEST LOSER DBKU

Aktiviti THE BIGGEST LOSER
Tarikh

Tarikh Mula : 20 September 2022 (selasa)

Tarikh Tamat : 20 Disember 2022 (selasa)

Tempat Arena Dewan Bandaraya Kuching Utara
Kategori Pertandingan Pengurangan berat badan
Hadiah Pertandingan Tempat Pertama    : RM 1000

Tempat Kedua       : RM500

Tempat Ketiga       : RM300

Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua WARGA KUCHING sahaja
  2. Kelayakan umur penyertaan adalah 18 tahun ke atas
  3. Pastikan pendaftaran anda lengkap denganOrder Number sebelum 14hb September 2022
  4. BMI setiap peserta akan ditapis dan disaring untuk memastikan peserta tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan/penyakit yang boleh memudaratkan diri apabila mengikuti aktiviti yang disediakan oleh pihak fitness trainer selama satu bulan.
  5. Untuk makluman , program ini akan dijalankan selama 3 BULAN. Untuk bulan pertama, semua peserta di wajibkan HADIR untuk mengikuti latihan yang dijalankan bersama Fitness Trainer.
  6. Untuk bulan kedua dan ketiga, peserta mempraktikkan latihan tersebut dengan sendiri di tempat masing-masing sehingga tamat program.
  7. BMI akan diambil mengikut jadual yang akan ditetapkan pihak pengajur bagi tujuan pemantauan sehingga tamat tempoh program.
  8. Pemenang akan dinilai berdasarkan keputusan penurunan berat badan yang terbanyak dan kehadiran peserta semasa latihan dijalankan.
  9. Jadual program The Biggest Loser Hari : Isnin, Rabu dan Jumaat Jam: 2.30 petang – 4.30 petang Kehadiran peserta adalah wajib, Markah akan dipotong sekiranya peserta gagal menghadiri latihan.
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah kesihatan dan  kehilangan nyawa yang mungkin berlaku sebelum, semasa dan selepas program ini dijalankan.
  11. Selepas mendaftar dan bersetuju untuk menyertai program The Biggest Loser ini dengan sendirinya para peserta telah terikat dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur
Sebarang Pertanyaan Pegawai seranta yang boleh dihubungi ialah Encik Shahfizal Shapiee (Bahagian Kesihatan Persekitaran) dan Puan Jeffinna Mimi Ak Kanis (Bahagian Kesihatan Persekitaran) di talian 082-512912