Siol Trail Run 2022

Aktiviti Siol Trail Run 2022 sempena Pesta Kuching
Tarikh 28 Ogos 2022 (Ahad)
Masa 7:30 pagi
Tempat Siol MTB Track, DBKU Jalan Samariang, Petra Jaya Kuching
Kategori Pertandingan Fun Run
Hadiah Pertandingan Finisher Medal
Syarat-Syarat Penyertaan
  1. Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA SAHAJA.
  2. Kelayakan umur penyertaan adalah 21 tahun ke atas.
  3. Pastikan pendaftaran anda lengkap dengan Order Number.
  4. Pengajur tidak akan melayan atau bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk sebarang pertikaian, percanggahan atau aduan yang timbul daripada butiran penyertaan yang tidak lengkap atau tidak tepat dalam borang pendaftaran.
  5. Peserta hendaklah SIHAT dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan/penyakit yang boleh memudaratkan diri.
  6. Peserta WAJIB mematuhi semua arahan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur serta pihak yang mengawal keselamatan sepanjang program Siol Trail Run berlangsung.
  7. Setiap peserta dimestikan memakai KASUT & PAKAIAN BERSESUAIAN semasa pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan.
  8. Peserta dikehendaki mengikuti laluan dan melintasi CHECK POINT yang ditetapkan ( no chicken loop ).
  9. Cut Off time untuk Siol Trail Run adalah 2 jam 30 minit.
  10. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan anggota, kemelangan, kematian dan kehilangan brang-barang peserta sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.
  11. Selepas mendaftar dan bersetuju untuk menyertai Siol Trail Run 2022 ini dengan sendirinya para peserta telah terikat dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
  12. Hanya pegawai-pegawai atau Marshal yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perlumbaan.
  13. Pihak Penganjur berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.
  14. Peserta yang telah mendaftar dan telah mendapatkan Order Number boleh menuntut Bib Number mengikut ketentuan seperti berikut:-Tarikh: 23 & 24 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu)Tempat: Pejabat CDS, Tingkat 4, Bangunan Majma, Jalan P. Ramlee Kuching.Masa: 8 pagi – 5 petang
  15. Sekiranya peserta TIDAK HADIR pada 23 & 24 Ogos 2022 (Selasa dan Rabu) untuk mengambil Bib No. penyertaan tersebut adalah DIBATALKAN.
Yuran Penyertaan

PERCUMA

Tarikh Tutup Penyertaan 21 Ogos 2022 (Ahad)
Sebarang Pertanyaan

PEJABAT: 082-236223

EMEL: [email protected]